Monday, July 6, 2009

PENGENALAN SURAU PERWAJA

SURAU PERWAJA adalah satu institusi ibadah yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dalam daerah Kuala Muda. Ianya terletak di pertengahan antara bandar Gurun dan Bedong. Ianya wujud sejak tahun 1994 di mana pihak Pengurusan Perwaja sendiri yang membuat sebarang urusan mengenai pentadbiran, kewangan dan aktitviti.

Pihak Pengurusan telah melantik seorang Pegawai Agama bagi membantu setiap urusan di Surau Perwaja. Pada ketika ini Ust Hj Mohd Zulkefli Md Isa dipertanggungjawabkan bagi tujuan tersebut. Pada awalnya pihak pengurusan juga menyediakan pembantu imam dan bilal bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Pegawai agama

Pegawai Agama telah merancang beberapa aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan bagi merangsang setiap jemaah untuk beribadah setelah penat lelah membantu syarikat dalam mencapai misi yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan dengan bantuan Pegawai agama telah mengujudkan beberapa orang ahlijawatankuasa dengan dibahagikan kepada beberapa biro.

Pada masa ini lantikan dibuat bagi membantu setiap aktiviti yang dirancangkan oleh Pegawa Agama bermula dari Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Biro Dakwah, Kebajikan dan keraian, Peralatan, Senggaraan serta Kebersihan dan keselamatan. Lantikan dibuat dikalangan pekerja yang dirasakan boleh membantu dan merealisasikan setiap aktiviti disamping menjaga dan mengharum imej pihak pengurusan. Pihak pengurusan telah bertukar milik namun Surau Perwaja masih lagi menjadi agenda pihak pengurusan dengan beberapa bantuan dari segi pentadbiran dan kewangan bagi menjana aktiviti. Seorang Wakil pengurusan dipertanggungjawab bagi memantau aktiviti di Surau Perwaja

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates